...Cabaran & Air Mineral..

Cabaran datang setiap hari dengan rupa bentuk yang pelbagai.
Ada yang membuatkan kita tersenyum, ada juga yang membuatkan kita menangis.
Adakalanya kita rasa tak tertanggung. Apa-apa pun, cabaran itu mematangkan kita.
Ia menjadikan diri kita pada hari ini.

Cabaran yang datang boleh dilihat dengan dua rupa.
Satu bebanan yang menyeksakan atau satu ujian yang menyeronokkan.
Berbeza cara pandang, berbeza hasilnya.

“What you see is what you get”

Orang yang berjaya seringkali melihat cabaran sebagai satu cabaran yang menyeronokkan.
Bukanlah mereka ketawa berdekah-dekah tatkala berhadapan dengan masalah,
tetapi mereka pastikan yang fikiran mereka berpusat kepada energy yang positif.
Mereka menikmati proses menyelesaikan cabaran mereka.
Mereka tahu yang seandainya cabaran ini boleh diatasi,
hasilnya memang puas hati!



Air  mineral


“Membuka air botol memerlukan sedikit usaha. Andai penutup botol berjaya dibuka, hilang dahaga!”

ps/: renungan bersama

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

......January 2010 hampir berlalu...

26 jan 2010...

pejam-celik2.....dah nk hbs bln january ni...
assignment pn makin bnyak..pendek kata tiap2 mgu psti ade.
itulah lumrah seorang insan yg bergelar pelajar.. ada masanya enjoy,
ada masanya stress..tp itulah harga yg perlu kita bayar suatu hari 6t..
Bayar dengan "Kejayaan".. untuk saper? utk family n utk diri kita jgk.
kalo nk dihitung bnyk perkara yg perlu dibuat untuk manfaatkan
tahun 2010 ni..ye la..umur pn dh meningkat. andai kata dikurniakan
umur yg panjng bnyk lg perjuangan dan liku2 hidup yg perlu dtiempuhi.
harap2 perjalanan hidup yg seterusnya mampu berjalan dgn lancar..

secebis renungan...

Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan,
pasti ramai yang tertarik padaNya.
Tapi hakikat perjuangan bukan begitu,
turun naiknya, sakit pedihnya,
umpama kemanisan yang tidak terhingga.
Andai rebah, bangkitlah semula,
Andai terluka ingatlah janjiNya.


SELAMAT BERJUANG !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS