~ Put Yourself In Other Shoes ~




...Salam 1 Malaysia...

erm...mcm best je tajuk ni.. article b'kenaan ak baca kt www.iluvislam.com
( by:mzulhairi).

Panjang la jgk article yg aku baca tu..dgn contoh2nye skali. tp kt sini ak nk kngsi skit jr la., tp rasanya dh cukup utk kalian smua faham apa maksud yang tersirat di sebalik tajuk t'sebut.

Hidup kita di dunia bukan seorang diri, bahkan dijadikan Allah berbilang bangsa untuk saling mengenali.
Mksudnye kt sini stiap hari kita akn b'hadapan dgn pelbagai keadaan dan ragam manusia. Jika kita m'amalkan sikap utk m'hukum tnpa mengetahui apa yang sebenar, layaklah gelaran kera sumbang utk diberikn. Kita tdk akn dpt menilai dan mengetahui apa yg sebenarnya jika kita hnya melihat kpd diri sendiri, stiap yg kita suka tdk semestinya disukai oleh yang lain. Inilah yg memerlukan kita utk berusaha menyesuaikan diri dgn keadaan dan sikap pihak yang lain, menyelami permasalahan dan situasi sebenar, barulah kita akan mengetahui punca sesuatu terjadi.

Bkn sekadar dpt mengetahui lapisan ats permasalahan atau keadaan yg b'laku sahaja, bahkan bersikap meletakkan diri dalam situasi pihak lain juga membekalkan kita dengan pelbagai maklumat tambahan sebagai bonus. Maklumat tambahan sedimikian akn m'jadi nilai tambah untuk kita dlm mengenal dan membaca situasi, menyelesaikan permasalahan yg sebelumnya tersimpul, mengelakkan konflik dan sebagainya.


Dalam bersahabat, berjamaah, berorganisasi, tdk dpt tdk utk kita berusaha meningkatkan kebolehupayaan dalam mengenal dan memahami situasi pihak lain. Jika ini tidak b'laku, pastinya konflik bakal timbul dan akn lahirlah sikap nafsi-nafsi. Melihat hanya diri sendiri yg betul dan hebat, memandang rendah pendapat yang lain, seolah-olah hanya kita yg diberi akal oleh tuhan. Sikap cepat menghukum, seolah-olah kita tahu segalanya tidak lain hanya akn membawa kepada kemudharatan, maka elakkanlah, yang demikian, usahakan apa yg dikatakan

"Put Yourself in Other's Shoes "

(Fikir-fikir dan renung2 la)






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment